Menjaga Lidah
Intro:
Muaz bin Jabal bersama-sama Nabi SAW dalam satu perjalanan.
Pada satu pagi, beliau berada dekat dengan Baginda dan bertanya: “Wahai Rasulullah, khabarkanlah kepadaku amalan yang akan memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku dari neraka?”
Baginda menjawab: “Demi sesungguhnya kamu bertanyakan kepadaku sesuatu yang agung padahal sungguh ia adalah perkara mudah bagi orang yang Allah jadikan mudah baginya iaitu: Kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apa pun, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan berhaji ke Baitullah.”
Kemudian Baginda bersabda lagi: “Mahukah kamu aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Pintu-pintu itu adalah puasa, ia adalah perisai (daripada api neraka). Sedekah, ia akan memadamkan dosa-dosa sebagaimana air memadamkan api dan solat seseorang pada pertengahan malam.”
Kemudian Baginda membacakan ayat: “Mereka menjauhkan diri dari tempat tidurnya (kerana solat malam), serta mereka berdoa kepada Rabbnya dengan rasa takut (tidak dimakbulkan) dan harap (agar dimakbulkan), dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-Sajdah, ayat 16-17)
Kemudian Baginda bertanya: “Mahukah kamu aku tunjukkan pokok bagi segala perkara agama, tiangnya dan puncaknya?” Muaz menjawab: “Tentu wahai Rasulullah!” Baginda bersabda: “Pokok bagi (segala) perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat, sedangkan puncaknya adalah jihad.”
Kemudian Baginda bertanya: “Mahukah aku khabarkan kamu dengan sesuatu yang menguasai semua itu?” Muaz menjawab: “Tentu wahai Nabi Allah!”
Maka, Baginda memegang lidahnya dan bersabda: “Tahanlah (lidah) kamu ini.” Muaz bertanya: “Wahai Nabi Allah! (Apakah) sungguh kita akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kita katakan?”
Baginda menjawab: “Moga ibumu kehilanganmu wahai Muaz! Tidaklah manusia itu disungkurkan ke dalam neraka di atas muka atau hidung mereka melainkan disebabkan apa yang lidah mereka (ucapkan).” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)
from kitab al-adab:
Diriwayatkan daripada 'Adiy bin Hatim r.a:
Nabi SAW telah menyebut tentang neraka, lalu Baginda memohon perlindungan Allah daripadanya, seraya memalingkan wajah Baginda. Kemudian, Baginda SAW menyebut lagi tentang neraka, lalu Baginda memohon perlindungan Allah daripadanya, seraya memalingkan wajah Baginda. Kemudan Bagidna menyebut lagi tentang neraka, lalu seraya memalingkan wajah baginda. "Syu'bah berakata: "Adapun (perihal Baginda saw berbuat demikian) sebanyak 2 kali,maka saya tidak ragu mengenainya. (Adapun 3 kali, maka saya ragu dan tidak pasti)."Kemudian Baginda saw bersabda:'Lindungilah diri kamu dari neraka, sekali pun dengan separuh buah kurma. Sekiranya seseorang kamu tidak mampu, maka dengan sepatah perkataan yang baik.'"(Bukhari)
from RS:
-Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad SAW bersabda "tutur kata yang baik itu pahalanya sama dengan seperti bersedekah"(Bukhari dan Muslim)
-percakapan yang baik adalah antara amal-amal kebaikan yang mulia, Allah berfirman,
وَلَا تَسْتَوِى الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۗاِدْفَعْ بِالَّتِيْ هِيَ اَحْسَنُ فَاِذَا الَّذِيْ بَيْنَكَ وَبَيْنَهٗ عَدَاوَةٌ كَاَنَّهٗ وَلِيٌّ حَمِيْمٌDan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik,sehingga orang yang ada rasa permusuhan an-tara kamu dan dia akan seperti teman yang setia. (Al-Fussilat:34)
-menolak kejahatan boleh berlaku melalui perbuatan, ia juga boleh berlaku melalui percakapan. Jadi percakapan yang baik adalah sama seperti perbuatan yang baik.

No comments:
Post a Comment