Assalamualaikum wbt...
Sekejap saja masa berlalu, dah masuk bulan April dah. Sekarang ni sudah masuk tahun ke-4 saya berada di bumi Australia ni. Kadang-kadang rasa macam tak percaya kami sudah survived di sini sebagai suami isteri hampir tiga tahun di sini. Alhamdulillah :))
Dulu-dulu, saya gemar untuk sharing beberapa perkara seperti nasihat, ilmu, malah perkara peribadi pon saya ceritakan di sini. Sekarang? Entah la, saya lebih kepada introvert ataupun malu untuk berkongsi semua perkara-perkara itu. Kadang-kadang terasa diri ini kurang ilmu, dan tidak cukup yakin dengan penulisan tu nanti. Mungkin juga terfikir expecation orang lain selepas membacanya walaupun saya rasa tiada siapa dah baca blog saya ni selain suami saya sendiri. :P
Entah la, kali ni rasa pula nak membebel atau menulis beberapa perkara dalam fikiran ni. Rindu mungkin? Buat masa sekarang ni, saya perhatikan ramai orang cuba untuk menjadi diri yang lebih positif. Seperti berkawan dengan orang-orang yang positif, hindarkan aura negatif, fikirkan yang baik-baik sahaja dan sebagainya. Oleh itu, nak meraikan aura positif ni, jom baca satu kisah ni di bawah,
Ada seorang tukang rumah ni, tugas dia kena buat rumah lah. Sampai lah umurnya mencecah usia untuk pencen dan akan berhenti kerjanya. Pada hari terakhir dia bekerja, dia tidak sabar untuk meninggalkan kerjanya dan berehat di rumah. Namun pada hari terakhir itu juga, majikannya meminta untuk membina sebuah rumah lagi untuk kali terakhir. Pasti lah, tukang rumah tersebut terasa sangat malas untuk membuatnya. Tetapi disebabkan majikannya seorang yang baik dan sentiasa membantunya, tukang rumah tu bersetuju untuk membina rumah terakhirnya. Malangnya, tukang rumah cuba juga untuk membina rumah itu dengan rasa tidak ikhlas dengan prinsip 'asal siap'. Akhirnya, setelah beberapa bulan siap lah jua rumahnya itu. Rumah yang telah siap dibina itu tidak lah secantik mana seperti rumah-rumah yang dibina sebelum ini. Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba di mana dia akan berhenti kerja dan pencen. Rupa-rupanya, majikannya ingin memberi kejutan kepada tukang rumah itu bahawa rumah terakhir yang dibina itu adalah hadiah untuknya sebagai penghargaan jasanya selama ini. Tukang rumah itu terasa sangat lah kecewa kerana dia tidak membinanya dengan bersungguh-sungguh selama ini dan rumah itu tidak lah secantik mana pon.
(Kisah ini mungkin adalah rekaan atau mungkin juga benar, sumbernya saya dapat daripada seorang imam di masjid yang berdekatan dengan rumah kami)
Ibrahnya adalah, sebenarnya kita tidak tahu amalan baik manakah Allah akan terima selama kita hidup di dunia ini. Setiap hari kita solat lima kali sehari, namun kita solat sebab memang kita nak solat nak memenuhi tuntutan harian kita ke sebab memang kita nak dapat redha Allah? Kuantiti dan kualiti ikhlas ni hanya antara kita dengan Allah. Malah, kita juga tidak dapat mengira/menilai keikhlasan kita ni, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Kadang-kadang kita rasa kita dah cuba yang terbaik, tetapi hasil yang kita dapat tu tak seperti yang kita mahu. Kadang-kadang kita tak buat yang terbaik tetapi hasil yang kita dapat seperti kita mahu. Hasil atau natijah adalah semuanya bergantung kepada Allah swt. Tetapi yang dapat kita buat adalah usaha yang berterusan dan sesungguhnya usaha itu lah Allah swt akan pandang dan menilai kita. Indah bukan agama ini yang sentiasa mengharapkan usaha kita tetapi bukan hasilnya.
Oleh sebab itu lah, kita kena sentiasa berdoa kepada Allah untuk menerima amal baik kita agar di Akhirat nanti boleh lah kita capai bahagia. Ada satu doa yang Rasulullah SAW ajar Muaz bin Jabbal iaitu,

اَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
"Wahai ALLAH, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, sentiasa bersyukur kepada-Mu, dan sentiasa memperbaiki ibadahku kepada-Mu."
(Diriwayatkan oleh Abu Dawud, al-Nasa'ie, Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban dan al-Hakim & disahihkan oleh al-Albani)

Moga-moga kita semua tergolong dalam kebaikan dan setiap amalan kita ini juga diterima Allah swt.
Till then, InshaAllah.
Take care!

1 comment:
terima kasih atas perkongsiannya sis :)
Post a Comment