assalamualaikum...
tiba-tiba pulak hujan turun.wah syahdunya.saama dengan perasaan ini.heeh.eh tak ada lah.saja jer.:P
tadi kak ngoh, abae ngoh and ahmed zaki mari UKM.hehe.bagus kak ngoh ingat lagi jalannya..kak ngoh baru lepas hantar wafi and lutfi kat airport, lutfi and wafi balek kelantan.best kan?okay,mine almost.hehe:)
kenapa syahdu?sayu pon ader.sedih rasanya dah start study week.iyup dah start.tapi tak rasa macam study week pon.sebab ada kajian ilmiah untuk diselesaikan.esok jumpa supervisor.then edit balek.banyak nih kena edit.tambah2 format penulisan(gaya ukm) ukm ni plus penggunaan tatabahasa melayu.okehs.belajar fatien belajar.if nak sambung belajar better belajar ukm je lah.tak payah fikir nak belajar format Uni lain.tapi, apa salahnya?okay dah.
minggu ni (khamis) last halaqah bersama-sama kak hajar,kak yati, kak ira dan kak mas.ooh sedih rasanya nak meninggalkan semua ini(sementara okay!).
kak hajar,
sayang naqibah saya, kak hajar yang sentiasa sabar dengan kelemahan saya ni.suruh bagi pendapat,kadang2 bagi pendapat dengan senyuman manis.selalu tak prepare betul2.isk2..fatien2.kak hajar tak pernah tak bagi nasihat kpd saya.alhamdulillah,kak hajar selalu pesan, apa yang awak belajar ni, jangan cakap banyak sangat.tunjukkan dgn sikap awak itu dulu, jaga akhlak awak baik2.baik kak.saya dengar kak.tapi,saya selalu lupa kak.
kak yati,
sayang kak yati yang selalu tolong saya bacakan hadith. kak hajar suka suruh saya bacakan hadith.tapi,saya selalu suruh kak yati.hehe.kak yati sangat baik.selalunya, saya akan baca maksudnya dalam bahasa melayu la sokmonyo.heee.thanks akak yang sentiasa memahami kekalutan dan ketebolahan saya.hehe.saya sayang kak yati!:)
kak ira,
sayang kak ira.sebab selalu teman saya tunggu bus. kak ira tak banyak cakap sangat tapi sangat baik orangnya.jangan lupakan saya!:)
kak Mas,
sayang Kak Mas yang selalu hadir dengan kata-kata yang penuh kebangkitan di dalam hati ni plus beberapa kisah yang sentiasa penuh pengajaran dan muhasabah diri ini.
masa mula-mula join halaqah dengan kak hajar,takut-takut sebab semua kakak2.saya yang paling muda.eh muda ker?muda la dalam kalangan akak-akak semua:)tapi,sangat best.sebab awal2 saya join usrah dulu2 tu, selalu one to one function.eh silap,one to one usrah sebab saya sorang je dapat hadir.thanks to my ex-naqibah kak Aifa and Kak Fizah.
subhanallah.thank you, Allah.kerana sentiasa memberikan kenikmatan kepada saya.nikmat untuk bersabar, nikmat untuk bersyukur.alhamdulillah.tetapi nikmat bersyukur bukan hanya dengan kata-kata.tapi bersyukur untuk menjadi org yg JURUH!heh.entah la, saya lebih gemar menggunakan perkataan juruh berbanding baik.sebab juruh ni merangkumi semua.:)
betul lah kata-kata Dr.Asri, jika kita diberikan nikmat bersyukur lebih berharga daripada nikmat bersabar.sebab kita selalu lalai dan lupa bahawa setiap saat dalam hidup kita adalah nikmat dari Allah.perkara yang berlaku, benda di sekeliling, ujian dan lain lain hanya lah asbab untuk semua itu berlaku.semuanya datang dari Allah.
wassalam
that's all for now.till then we meet again.inshaAllah:)
p.s:masih terkesan dengan kata-kata itu..

2 comments:
juruh kwn ak ni.. =)
:P.
Post a Comment