kali ini saya nak bercerita tentang..tentang apa ya?hmm..entah la,mungkin juga tentang perkara yang dinamakan kehidupan dan setiap kehidupan itu pasti dan pasti akan berakhir dengan kematian.
perkara yang saya nak cerita ataupun lebih kepada perkongsian amnya adalah mengenai buku yang telah saya baca baru-baru ini.buku tersebut adalah LELAKI BERKASUT MERAH karya BAHRUDDIN BEKRI. pada mulanya, saya ingin membeli buku DOA UNTUK AKU karya penulis yang sama juga, namun,cari punya cari kat MPH hari tu,tak ada.so, saya decide untuk beli buku yang kedua itu sambil berdoa di dalam hati agar buku ini sangat best dan banyak memberi pengajaran kepada saya khususnya.
Alhamdulillah, pada awal pembacaannya pun sudah mampu buat saya tergelak.hihi..sebab kelakar lah. namun, jalan cerita yang disampaikan oleh penulis ini sangat menarik.menarik kawan!betul sungguh.tiada unsur bosan ingin saya katakan.ini hanya sekadar pendapat saya sebagai pembaca lah,jika sekiranya ada beberapa pendapat lain,saya tidak kisah kerana buku sememangnya memberi kepuasan kepada diri saya.:)
kata-kata yang paling saya tidak lupakan dalam buku ini adalah "..kerana Tuhan berkerja dalam rahsia." pada pendapat saya, kita sebagai manusia sememangnya haruslah bersangka baik dengan Tuhan. setiap perkara yang berlaku sememangnya ada hikmahnya. contohnya, dalam buku yang saya baca ini banyak perkara yang berlaku ada sebabnya. tidak kiralah perkara baik mahupun buruk. sebagai manusia yang sentiasa mendapat tarbiyah daripada Allah SWT,kita haruslah bersabar dan masa akan mengubati segalanya. jika kita tidak dikurniakan rezeki yang kita pohon itu kerana Allah lebih tahu yang mana terbaik untuk kita.bersabarlah sayang...eceh...hihi
satu lagi, perkara yang saya ingat setelah membaca buku ini iaitu menyedarkan saya bahawa setiap orang yang ada di dunia ini pasti ada baik dan buruknya. dan kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras,cerdik, pandai dan juga berilmu ini seharusnya mengambil pengajaran dan janganlah sesekali bersangka buruk dengan perkara yang mereka lakukan.tetapi,berhati-hati dan berwaspada harus juga..:)kan kawan?
sama-samalah kita bermaaf-maafan..
eh..apa kaitan dengan intro saya tadi eh?hmm..macam dah lari topik la plak..tak apa la kan?sebab saya ni hanya nak berkongsi jer.tak ada apa sangat pon..:)haha
okayh got to go..take care everyone!till then we meet again!insyaAllah..
wassalam..
p/s:



3 comments:
dik! tok aci..aku x baco lagi buku tuhh...hehe. nati nok bacooo kelik nati. confirm keno baco! :)
comey gamba2 tuh..hikhik.
tumblr bestttt deh?
adek,nanti ai mintok ai bitau Baharudin Bekri ..you are his no.1 fan....(kembang tak kempis2 la si Ali ni nanti...,I call him Ali)
kak mie:okayh sis!demo balek,u're e first akan baca...:)
kak ja:aiyyooo...hehe..ali ko?tp,mmg best kak ja..u should read it too..:)
Post a Comment